Friday, 30 March 2012

Yang Terbaek !!



selama ini, aku hanya belajar dan terus belajar... pergi kelas, balik kelas, baca buku bila nak exam.. sehingga kini aku dah tahun akhir, baru lah aku sedar... bahawa aku bagaikan angin yang berlalu kesana-ke mari bagai tiada hala tuju dan akhirnya hilang begitu sahaja. sehingga kini aku tak rasa yang aku mampu untuk menjadi seorang DA'IE mahupun ustaz yang orang sering gelarkan pada ku (sbb blajar bidang dakwah).. aku tak layak.. aku tak de ilmu.. sbb aku just blajar untuk lulus exam.. padahal semua yng aku belajar adalah perkara ukhrawi.. yang membawa amalan aku di akhirat nanti.. aku lemas di bawa arus dunia yang aku sendiri tidak tahu dimana akhirnya ... aku terlampau mengejar dunia.. aku mengejar untuk menjadi pakar dunia.. sedangkan aku tandus ilmu akhirat.. mampukah aku bertahan di dunia yang penuh dengan tipu daya.. mampukah aku...


pabila direnung kembali, begitu banyak bunga-bunga dosa yang aku petik sepanjang kehidupan aku. walaupun aku tahu hukum dan hakam Allah tapi mengapa begitu mudah aku melakukan perkara mungkar tanpa memikirkan akibat dan balasannya nanti... pabila aku muhasabah diri aku, adakah aku mampu berdiri sebagai seorang Da'ie ??? layakkah aku digelar ustaz sedangkan ilmu agama belum kukuh dijiwa... betapa kedilnya aku ini, betapa hinanya aku di sisi Allah...

kini barulah aku sedar bahawa aku perlu menjadi yang terbaik.. kini keluaran ustaz terlampau banyak.. dalam malaysia mahupun luar negara.. terlampau banyak.. sekiranya aku teru begini mampukah aku nanti mencari kerja.. bagi menampung keluarga aku... mampukah??? kini aku sedar yang aku perlu menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik... aku perlu ada kelebihan sendiri yang dimana menjadi aset aku...

walau bagaimanapun aku tetap takkan lupa akan mencari keredhaan Allah kerna itu tujuan asal aku dicipta..
walaupun pelbagai dugaan yang menimpa aku tapi aku tetap di jalan gelap tanpa berusaha mencari cahaya dalam kehidupan. itulah aku, begitu mudah patah dek kata-kata manusia sedangkan Allah yang mencipta aku. sedangkan Allah yang memberi nikmat padaku... 


Wednesday, 28 March 2012

BoRiA

hari nie nak kongsi about pakaian tarian boria... sekali tengok macam pelangi... dua kali tengok macam badut pown ada.. sebab bajunya berwarna-warni. cantik sangat. sebab pakian boria selalu dihiasi dengan corak yang rambu-rambu then warnanya ceria giler.. kalau tak percaya jom we look and see together...





Untuk makluman, pakaian boria terpulanglah kepada pilihan kumpulan masing-masing. Pakaian boria bebas, asalkan dipilih bersesuaian dengan cerita atau tajuk boria. Pakaian tukang karang eloklah berlainan dari pakaian sailor (kelasi). Tukang karang elok berpenampilan lebih tersendiri dan menarik. Tukang karang boleh memakai tarbus kerana tarbus sudah menjadi identiti boria. Boleh juga pakai bengkung dipinggang. Lebih menarik kalau berwarna-warni dan berkilau-kilauan. Jika cerita yang persembahkan mengenai perpaduan, sailor boleh berpakaian tradisional mengikut setiap kaum. Sailor juga boleh berpakaian uniform

Kenapa Budax Jiwang ??

pasti semua tertanya-tanya, mengapa "budax jiwang" menjadi pilihan saya bagi blog ini... ianya tak laa ada kena mengena sangat dengan saya but ianya kerana sifat-sifatnya, budax jiwang selalunya romantis, berkata-kata manis, dan sentiasa lemah lembut... pandai berkata-kata petah menyusun bicara... and i hope will be like that.. tapii bukannya menanam tebu di tepi bibir ya... huhu ianya kerana ramai orang sekarang lebih suka berurusan dengan orang yang petah berbicara dan pandai menyusun bicara agar hati ini sentiasa dijaga dan dibela.. tanpa digores walaupun sedikit.. 



tapi janganlah sehinggakan apa yang dikata itu hanya menjadi angin sahaja.,.. biarlah kita menjadi seorang yang petah berbicara dan lincah melaksanakan.. kalau pandai bercakap kita perlu pandai melakukannya jugak.. budax jiwang juga seorang yang prihatin (caring) terhadap pasangannya.. dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan tidak melukai hati sesiapa.. sekiranya kita mendalami sifat jiwang, pasti pelbagai faedah dan sifat positif yang dapat kita perolehi. 

oleh itu saya memilih nama"budax jiwang" untuk blog saya kali ini.... hopes u all enjoy with my article..


Sunday, 25 March 2012

Design Baju Melayu Moden

post pertama saya ialah berkenaan dengan design baju melayu moden yang agak cantik... ada yang pelik tapi jom kita layan jaa apa yang ada.. huhu


ini adalah design sulaman
cantik dan simple...


ini design yang agak pelik... 
apabila dikaji ini adalah rekaan seorang wanita buat ahli keluarganya..
cantik dan aneh.. belum ada di pasaran.. huhu macam kung fu melayu 


nie pulak design baju melayu moden 
selalunya pengantin yang pakai orak macam nie..
putih nampak plain n bunga manet tu menonjolkan 
lip lap baju tersebut.. hahaha


ni plak butang ala-ala cheong sam..


ni design modern gak.. simple.. mcm corak baju kemeja

so pilih laaa untuk baju melayu raya nanti erk.. hehehe senyum sokmo...

Ahlan Wa Sahlan

assalamualaikum... blog ini dicipta untuk berkongsi apa-apa saja... x kira lah apa2 pown.. huhu jom kita kongsi bersama apa yang kita taw.. huhu hopes semua suka.. hahaha