Friday, 30 March 2012

Yang Terbaek !!



selama ini, aku hanya belajar dan terus belajar... pergi kelas, balik kelas, baca buku bila nak exam.. sehingga kini aku dah tahun akhir, baru lah aku sedar... bahawa aku bagaikan angin yang berlalu kesana-ke mari bagai tiada hala tuju dan akhirnya hilang begitu sahaja. sehingga kini aku tak rasa yang aku mampu untuk menjadi seorang DA'IE mahupun ustaz yang orang sering gelarkan pada ku (sbb blajar bidang dakwah).. aku tak layak.. aku tak de ilmu.. sbb aku just blajar untuk lulus exam.. padahal semua yng aku belajar adalah perkara ukhrawi.. yang membawa amalan aku di akhirat nanti.. aku lemas di bawa arus dunia yang aku sendiri tidak tahu dimana akhirnya ... aku terlampau mengejar dunia.. aku mengejar untuk menjadi pakar dunia.. sedangkan aku tandus ilmu akhirat.. mampukah aku bertahan di dunia yang penuh dengan tipu daya.. mampukah aku...


pabila direnung kembali, begitu banyak bunga-bunga dosa yang aku petik sepanjang kehidupan aku. walaupun aku tahu hukum dan hakam Allah tapi mengapa begitu mudah aku melakukan perkara mungkar tanpa memikirkan akibat dan balasannya nanti... pabila aku muhasabah diri aku, adakah aku mampu berdiri sebagai seorang Da'ie ??? layakkah aku digelar ustaz sedangkan ilmu agama belum kukuh dijiwa... betapa kedilnya aku ini, betapa hinanya aku di sisi Allah...

kini barulah aku sedar bahawa aku perlu menjadi yang terbaik.. kini keluaran ustaz terlampau banyak.. dalam malaysia mahupun luar negara.. terlampau banyak.. sekiranya aku teru begini mampukah aku nanti mencari kerja.. bagi menampung keluarga aku... mampukah??? kini aku sedar yang aku perlu menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik... aku perlu ada kelebihan sendiri yang dimana menjadi aset aku...

walau bagaimanapun aku tetap takkan lupa akan mencari keredhaan Allah kerna itu tujuan asal aku dicipta..
walaupun pelbagai dugaan yang menimpa aku tapi aku tetap di jalan gelap tanpa berusaha mencari cahaya dalam kehidupan. itulah aku, begitu mudah patah dek kata-kata manusia sedangkan Allah yang mencipta aku. sedangkan Allah yang memberi nikmat padaku... 


No comments:

Post a Comment