Sunday, 13 May 2012

Ayuh Bina Potensi Kerjaya !!



Setiap orang perlukan kerjaya untuk kelangsungan hidup. Tanpa pekerjaan dan pendapatan, manusia tidak boleh hidup dengan sempurna. Pasti anda semua bersetuju dengan pendapat ini. Bukan sekadar bekerja untuk mendapat imbuhan, melalui pekerjaan juga kita mampu membina potensi diri untuk lebih berjaya.

4 Petua Bangkit dari Kegagalan

‘Tiada jalan pintas untuk berjaya’.Tatkala kita rakus mengejar cita-cita, sehinggakan kita leka di setiap persimpangan pastinya ada cabaran. Jika tiada upaya, anda akan sesat. Itu perkara biasa. Anggaplah ia satu permulaan pada satu kejayaan.
‘Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya’. Betul, itu pun jika anda bangkit semula dan berusaha kembali. Jika hanya berpeluk tubuh dan ternganga, tiada apa gunanya. Bagi mereka yang masih lagi terigau setelah menemui kegagalan, di sini Maskulin senaraikan 4 petua untuk anda bangkit semula. Semoga ia sedikit sebanyak memberi petunjuk untuk start over.



1. Kenali sumbernya
Pantai mana tidak dilanda ombak. Samalah jua dengan kejayaan individu. Sedangkan Steve Jobs pun pernah beberapa kali gagal dalam bidangnya. Namun, dia segera bangkit. Bagaimana? Mengkaji puncanya. Ambil masa dan kenali segala sebab mengapa anda gagal. Selepas itu, perbaiki puncanya. Sekalipun ia tidak mampu diubah, anda boleh belajar daripada kesilapan tersebut untuk dielakkan pada masa hadapan.

2. Lihat kejayaan orang lain
Lupakan kegagalan yang berlaku dan teruskan hidup. Sibukkan minda dengan hal-hal kejayaan. Giatkan diri menonton dokumentari kejayaan mana-mana individu. Amalkan membaca perihal psikologi kejayaan seseorang supaya minda anda akan terarah kepada kejayaan. Jangan pula hanya melayan, tetapi tidak mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan.

3. Kegagalan tak jahat
Jangan biarkan kegagalan menguasai kita. Ia sudah pun terjadi. Nak meratapinya hanya membuang tenaga dan masa. Daripada kita menangisi kegagalan, baik gunakan tenaga untuk bangkit. Jangan pula kita berprasangka buruk dengan kegagalan, ia akan membuatkan kita susah untuk bangkit. Malah kita kena bersangka baik dan anggap ia satu pendorong untuk mencuba dan berusaha lagi. Nescaya, anda akan makin bersemangat.

4. Mulakan strategi
Anda gagal dalam perniagaan mahupun kerjaya mungkin ada sebabnya. Mungkin anda masih belum mengenai perniagaan atau kerjaya yang anda ceburi. Anda kurang mempelajari ilmu perniagaan, kurang tahu strategi-strategi perniagaan dan skop kerjaya anda. Oleh itu, senaraikan 20-30 kelemahan kelemahan-kelemahan diri anda. Bila selesai, amalkan membaca setiap hari senarai supaya anda sedar dan bersemangat untuk memperbaikinya. Ingat, semangat harus dipacu selalu. Jangan pula sudah sekerat jalan, semangat sudah jadi ‘nyawa nyawa ikan’.

Lelaki Skema Tak CooL?



Jadi lelaki baik tidak cool? Kononnya jadi lelaki yang baik dan ‘skema’ itu tidak hebat. Jadi lelaki yang sebaliknya; suka tukar teman wanita dan nakal, itu lebih hebat. Disebabkan itu ada yang terdorong mahu jadi nakal yang akhirnya tanpa disedari terjebak langsung melanggar peraturan dan undang-undang.

Tanpa disedari, daripada perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang, akhirnya ada pula yang terjebak lebih jauh sehingga menjadi penjenayah. Ramai anak muda yang terjebak secara tidak sengaja dalam kancah jenayah seperti jenayah ragut, rogol, rompak dan samun. Semuanya bermula daripada main-main dan suka-suka tetapi akhirnya apabila sudah terjebak, susah hendak berpatah balik.

Jenayah adalah kesalahan secara umum, sama ada yang melibatkan soal moral atau fizikal, sama ada membabitkan tubuh badan, harta benda atau kepentingan lain. Keterlibatan kalangan anak muda dalam jenayah seperti mencuri motor, pecah rumah, dadah, ragut, buli, rogol dan samseng jalanan sememangnya merunsingkan masyarakat yang meletakkan harapan tinggi supaya mereka ini jadi pewaris negara dalam kepimpinan.

Banyak sebab yang menjebakkan anak muda ke kancah jenayah, seperti masalah dalam keluarga sendiri, pergaulan dengan rakan dan pelbagai tarikan lain. Apa pun alasannya, kebanyakan kita memang sedia maklum, jadi penjenayah bukanlah suatu perbuatan yang boleh dibanggakan. Tetapi masih ada yang tidak serik dan masih mahu mencuba. Bagi anak muda, kita boleh sematkan dalam kepala akan beberapa perkara penting berikut:

1. Hindari sebelum terlambat.
Dalam Islam, kita digalakkan menghindarkan diri atau mencegah sebelum terlambat. Jika sudah terjebak, bimbang sukar untuk berpatah balik. Sama seperti jika sudah sakit, walaupun sudah makan ubat, tetapi mungkin keadaannya tidak sama lagi apabila sudah sembuh. Sama seperti apabila sudah bergelar penjenayah, ‘rekod peribadi’ sudah tercemar dan kadangkala ia boleh menghantui kita seumur hidup.

2. Jangan cuba-cuba.
Tidak dinafikan, sebagai manusia, kita ada naluri ingin mencuba yang sangat kuat. Namun sebelum mencuba, cubalah fikir dahulu kesan yang akan menimpa. Rasa-rasanya sebagai anak muda yang waras, kita memang sudah sedia maklum sebab dan akibat daripada sesuatu perbuatan. Jadi, tidak perlulah mencuba sesuatu yang sia-sia atau sesuatu yang memang diyakini akan memberikan kesan besar pada masa depan sendiri.

3. Memilih kawan yang baik.
Kebanyakan kes jenayah dalam kalangan anak muda berlaku kerana pengaruh kawan. Sebagai orang muda, kita selalu didorong rasa mahu diterima dalam kelompok tertentu. Kadangkala dengan jadi anak nakal, kita rasa diri hebat dan diterima, maka inilah yang mendorong ramai terjebak. Dalam memilih kawan yang baik, Rasulullah sendiri menegaskan dalam hadis riwayat Muslim, “Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat tidak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, adakalanya kita akan dipalit minyak wangi, atau kita beli daripadanya, atau setidak-tidaknya dapat mencium harumannya. Jika berkawan dengan peniup api, adakalanya pakaian kita boleh terbakar atau setidak-tidaknya pasti tercium bau busuk.” Hadis ini menjadi garis panduan bagi kita dalam memilih kawan kerana kawan kita sebenarnya adalah cermin peribadi kita juga.

aKu MaLu dEnGaN AllaH

aku nie manusia biasa yang tak dapat lari dari kesilapan mahupun dosa. setiap hari pasti ada jua dosa yang dilakukan tak kira la besar atau kecil. dalam seharian nie tak dapat aku nak hitung berapa banyak dosa aku dengan Allah... orang selalu kata Allah itu Maha Pengampun.. Pintu Taubat sentiasa terbuka... tapi aku rasa malu sangat dengan Allah apabila aku bertaubat then aku wat lagi kesilapan yang sama... ibarat kita janji dengan orang selepas tu kita mungkiri. aku tak tahu nak wat macam mana... setiap kali aku wat dosa aku terasa hina sangat sebab banyak sangat dosa aku... tapi bila nak taubat aku rasa takot sangat nak taubat sebab malu seandainya aku ulangi dosa yang sama. walaupun air mata ni menitis selautan sekalipun aku tak pasti yang Allah menerima atau tak taubat ku... aku mengharap agar Allah sentiasa menerimanya... aku terlampau lemah.. lemah dan selalu jatuh kelembah syaitan yang hina.. Ya Allah aku mohon pimpinan dari Mu ya Allah....