Sunday, 13 May 2012

Ayuh Bina Potensi Kerjaya !!



Setiap orang perlukan kerjaya untuk kelangsungan hidup. Tanpa pekerjaan dan pendapatan, manusia tidak boleh hidup dengan sempurna. Pasti anda semua bersetuju dengan pendapat ini. Bukan sekadar bekerja untuk mendapat imbuhan, melalui pekerjaan juga kita mampu membina potensi diri untuk lebih berjaya.

4 Petua Bangkit dari Kegagalan

‘Tiada jalan pintas untuk berjaya’.Tatkala kita rakus mengejar cita-cita, sehinggakan kita leka di setiap persimpangan pastinya ada cabaran. Jika tiada upaya, anda akan sesat. Itu perkara biasa. Anggaplah ia satu permulaan pada satu kejayaan.
‘Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya’. Betul, itu pun jika anda bangkit semula dan berusaha kembali. Jika hanya berpeluk tubuh dan ternganga, tiada apa gunanya. Bagi mereka yang masih lagi terigau setelah menemui kegagalan, di sini Maskulin senaraikan 4 petua untuk anda bangkit semula. Semoga ia sedikit sebanyak memberi petunjuk untuk start over.



1. Kenali sumbernya
Pantai mana tidak dilanda ombak. Samalah jua dengan kejayaan individu. Sedangkan Steve Jobs pun pernah beberapa kali gagal dalam bidangnya. Namun, dia segera bangkit. Bagaimana? Mengkaji puncanya. Ambil masa dan kenali segala sebab mengapa anda gagal. Selepas itu, perbaiki puncanya. Sekalipun ia tidak mampu diubah, anda boleh belajar daripada kesilapan tersebut untuk dielakkan pada masa hadapan.

2. Lihat kejayaan orang lain
Lupakan kegagalan yang berlaku dan teruskan hidup. Sibukkan minda dengan hal-hal kejayaan. Giatkan diri menonton dokumentari kejayaan mana-mana individu. Amalkan membaca perihal psikologi kejayaan seseorang supaya minda anda akan terarah kepada kejayaan. Jangan pula hanya melayan, tetapi tidak mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan.

3. Kegagalan tak jahat
Jangan biarkan kegagalan menguasai kita. Ia sudah pun terjadi. Nak meratapinya hanya membuang tenaga dan masa. Daripada kita menangisi kegagalan, baik gunakan tenaga untuk bangkit. Jangan pula kita berprasangka buruk dengan kegagalan, ia akan membuatkan kita susah untuk bangkit. Malah kita kena bersangka baik dan anggap ia satu pendorong untuk mencuba dan berusaha lagi. Nescaya, anda akan makin bersemangat.

4. Mulakan strategi
Anda gagal dalam perniagaan mahupun kerjaya mungkin ada sebabnya. Mungkin anda masih belum mengenai perniagaan atau kerjaya yang anda ceburi. Anda kurang mempelajari ilmu perniagaan, kurang tahu strategi-strategi perniagaan dan skop kerjaya anda. Oleh itu, senaraikan 20-30 kelemahan kelemahan-kelemahan diri anda. Bila selesai, amalkan membaca setiap hari senarai supaya anda sedar dan bersemangat untuk memperbaikinya. Ingat, semangat harus dipacu selalu. Jangan pula sudah sekerat jalan, semangat sudah jadi ‘nyawa nyawa ikan’.

No comments:

Post a Comment